suria

Pertemuan Brazil, Belanda Di Suku Akhir

Juan (tengah) meraikan jaringannya dengan Kaka (kiri) dan Lucio. - Foto REUTERS
Juan (tengah) meraikan jaringannya dengan Kaka (kiri) dan Lucio. - Foto REUTERS
Juan (tengah) meraikan jaringannya dengan Kaka (kiri) dan Lucio. - Foto REUTERS

BRAZIL melebarkan penguasaan dengan menundukkan Chile 3-0 di Ellis Park, Johannesburg untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir bertemu Belanda.

Dua gol jaringan Juan dan Luis Fabiano pada babak pertama memberi kedudukan selesa buat juara dunia lima kali itu sebelum penyerang Robinho meledak gol ketiga pada minit ke-59.

Chile cuba membolosi gawang Brazil menerusi hantaran jauh penyerang Chile, Humberto Suazo tetapi berjaya ditepis penjaga gol, Julio Cesar.

Meskipun tewas, pasukan underdog dari Amerika Latin itu patut diberi pujian kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika menentang Brazil, awal pagi tadi.

Sementara itu Belanda menghentikan langkah Slovakia di peringkat kalah mati dengan mencatat kemenangan 2-1, semalam.

Belanda menguasai keseluruhan permainan dan Slovakia jarang melakukan serangan walaupun Robert Vittek menyempurnakan sepakan penalti sebelum wisel penamat dibunyikan.

Arjen Robben yang melakukan penampilan pertama selepas pulih daripada kecederaan menyempurnakan hantaran jauh Wesley Sneijder seawal minit ke-18.

Sneijder menggandakan jaringan Belanda ketika perlawanan berbaki enam minit di Durban.

Pengurus Slovakia, Vladimir Weiss memberitahu memuji aksi mantap Robben yang berupaya mengembalikan tahap permainan terbaiknya selepas bergelut dengan kecederaan.

Belanda akan menentang Brazil di Port Elizabeth Jumaat ini untuk berebut tempat ke separuh akhir Piala Dunia 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Lain