suria

Alonso Bawa Khabar Gembira Buat Sepanyol

Xabi turut serta dalam sesi latihan di Cape Town, semalam. - Foto AFP
Xabi turut serta dalam sesi latihan di Cape Town, semalam. - Foto AFP
Xabi turut serta dalam sesi latihan di Cape Town, semalam. - Foto AFP

PEMAIN tengah Sepanyol, Xabi Alonso berjaya memulihkan kecederaan buku lali menjelang pertemuan getir menentang Portugal dalam kelompok 16 terakhir, awal pagi esok.

Alonso menanggung kecederaan buku lali ketika menundukkan Chile 2-1, Jumaat lalu dan terpaksa digantikan dengan Javi Martinez pada babak kedua.

Namun Pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque memberitahu Xabi sudah mula menjalani latihan penuh di Stadium Green Point, Cape Town, semalam.

"Dia berlatih seperti biasa. Mungkin kecederaan buku lalinya sudah beransur-pulih. Kami terpaksa menunggu keputusan pemeriksaan kecederaan itu kelak," katanya.

Sepanyol dan Portugal yang menduduki ranking kedua dan ketiga dunia tidak pernah bertemu sesama sendiri pada perlawanan Piala Dunia sebelum ini.

Juara perlawanan peringkat kalah mati awal pagi esok akan bertemu di antara Paraguay atau Jepun pada aksi suku akhir, Sabtu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain