suria

Loew Dedah Kelemahan England

Terry (tengah) diasak pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger (kiri) dan Piotr Trochowski. - Foto AFP
Terry (tengah) diasak pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger (kiri) dan Piotr Trochowski. - Foto AFP
Terry (tengah) diasak pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger (kiri) dan Piotr Trochowski. - Foto AFP

PENGURUS Jerman, Joachim Loew memuji aksi mantap barisan pemain mudanya selepas menundukkan England 4-1, semalam dan mendedahkan resipi kejayaan mereka dalam mengekang kemaraan pasukan pimpinan Pengurus Fabio Capello itu.

"Pertama, kami mempamerkan persembahan menakjubkan ke atas pasukan England yang berpengalaman.

"Hari ini (semalam), kami berjaya mengumpan John Terry melakukan kesilapan apabila Thomas Mueller dan Lukas Podolski menceroboh masuk benteng pertahanan England," katanya.

Jerman yang rata-ratanya diperkuat pemain muda berupaya menangani segala tekanan dan terus mengucar-kacirkan kubu pertahanan England.

Miroslav Klose membuka jaringan awal untuk Jerman selepas benteng pertahanan England yang goyah gagal mengawal hantaran jauh.

Lebih memeritkan pemain pertahanan England, Terry dan Matthew Upson gagal menahan asakan Jerman apabila Podolski menggandakan jaringan sebelum Mueller meledak gol ketiga pada babak kedua.

Loew berkata, kemenangan itu diperoleh apabila strategi yang dirancang betul-betul menjadi semalam.

"Kami tahu Steven Gerrard dan Frank Lampard akan sentiasa membantu penyerang di barisan hadapan. Jadi bahagian tengah akan lebih terbuka.

"Objektif utama kami adalah untuk mengumpan Terry keluar daripada benteng pertahanan. Kami mahu berbuat demikian dan berjaya melakukannya," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain