suria

Gerrard Yakin Capello Akan Kekal Bersama England

Gerrard enggan menyalahkan pegawai perlawanan sebagai punca kekalahan England.
Gerrard enggan menyalahkan pegawai perlawanan sebagai punca kekalahan England.
Gerrard enggan menyalahkan pegawai perlawanan sebagai punca kekalahan England.

KAPTEN Steven Gerrard tidak menolak mungkin berlaku beberapa perubahan dalam skuad England menjelang kempen Euro 2012 tetapi mahu Fabio Capello kekal sebagai pengurus pasukan itu.

Perubahan yang dikenali sebagai 'Generasi Emas' untuk memenangi kejuaraan utama akhirnya berkecai selepas England tewas 1-4 kepada Jerman pada peringkat kalah mati di Bloemfontein semalam.

Pemain seperti Gerrard, John Terry, Frank Lampard dan Emile Heskey sudah menjangkau usia 30 tahun manakala David James akan berusia 40 tahun, Ogos ini.

"Semua pemain di bilik persalinan termasuk kakitangan kejurulatihan begitu kecewa. Kami akan menganalisis kegagalan secara peribadi dan berpasukan.

"Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku kelak. Kami adalah pasukan berpengalaman dan dibarisi pemain-pemain hebat," katanya.

Menurut Gerrard, dia yakin perubahan sedikit demi sedikit akan dilakukan pada kejuaraan akan datang.

Mengulas mengenai masa depan Capello, Gerrard percaya bekas pengurus Real Madrid itu akan kekal mengemudi England.

"Secara peribadi saya ingin melihat dia kekal kerana dia pengurus hebat. Tetapi itu hanyalah pendapat saya," ujarnya.

Gerrard enggan menyalahkan kegagalan England disebabkan keputusan pegawai perlawanan yang tidak membenarkan gol penyamaan pada minit ke-38 yang dijaringkan pemain tengah Frank Lampard.

"Jika anda melihat keseluruhan perlawanan, kami tewas kepada pasukan lebih hebat. Pada kedudukan 2-1 jika gol Lampard diambil kira, ia mungkin merubah perlawanan itu.

"Namun kami tidak boleh menjadikan ia sebagai alasan. Jerman menjaringkan empat gol dan kami hanya satu gol. Keputusan itu sudah menceritakan segala-galanya," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain