suria

Sepanyol Peroleh Semula Keyakinan

Iniesta meraikan gol jaringannya ketika bertemu Chile, awal pagi semalam. Foto AFP
Iniesta meraikan gol jaringannya ketika bertemu Chile, awal pagi semalam. Foto AFP
Iniesta meraikan gol jaringannya ketika bertemu Chile, awal pagi semalam. Foto AFP

PENGURUS Sepanyol, Vicente del Bosque percaya pasukannya sudah memperoleh semula keyakinan selepas menundukkan Chile 2-1 awal pagi semalam untuk muncul juara Kumpulan H.

Gol yang dijaringkan David Villa dan Andres Iniesta pada babak pertama meletakkan La Furia Roje pada kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, naib juara Kumpulan H, Chile akan bertemu Portugal pada pusingan kedua Rabu depan.

Del Bosque memberitahu anak buahnya mempamerkan persembahan bertenaga tetapi memerlukan sedikit masa untuk menjinakkan benteng pertahanan Chile.

"Ketika kami menentang Switzerland emosi kami begitu terganggu. Namun selepas perlawanan awal pagi semalam, kami amat yakin dan akan melakukan yang terbaik pada pusingan kedua.

"Namun pujian harus diberikan kepada pemain Chile kerana melontarkan cabaran sengit untuk mara ke pusingan seterusnya," katanya.

Beliau turut menjawab segala pertanyaan mengenai prestasi Fernando Torres yang digantikan selepas minit ke-55.

"Saya terpaksa menggantikannya kerana dia mula merasai kesakitan di bahagian otot kaki. Namun ia tiada kena mengena dengan kecederaan lututnya," tambahnya.

Menurut Del Bosque, dia membawa masuk Cesc Fabregas kerana Sepanyol memerlukan lebih banyak kawalan di bahagian tengah pada masa itu.

"Saya berasa gembira kerana strategi kali ini menjadi untuk pasukan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Raih Tempat Ke-22

Artikel Berikut

Artikel Lain