suria

Deschamps Tolak Tawaran Liverpool

Deschamps tetap setia bersama Marseille.
Deschamps tetap setia bersama Marseille.
Deschamps tetap setia bersama Marseille.

PENGURUS Olympique de Marseille, Didier Deschamps mendedahkan dia akan kekal mengemudi kelab Perancis itu sekali gus memberi gambaran awal bahawa dia tidak akan menerima tawaran kontrak dari Liverpool.

Bekas pemain tengah itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield selepas membantu Marseille mencipta kejayaan pada tahun pertamanya bersama Marseille.

Terdahulu, Goal.com UK mendedahkan The Reds beralih arah kepada Deschamps selepas perbincangan dengan Pengurus Fulham, Roy Hodgson menemui jalan buntu.

Namun, Deschamps mengakui dia tidak memasang niat untuk berhijrah ke mana-mana kelab dan memberitahu sudah memulakan perbincangan dengan Marseille untuk melanjutkan kontraknya.

"Kami sudah berbincang. Saya amat gembira bersama Marseille. Saya bukan berada di sini untuk tempoh setahun tetapi seorang pengurus perlu kekal lama. Itu harapan saya," katanya.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Raih Tempat Ke-22

Artikel Berikut

Artikel Lain