suria

Silva Sertai City Dengan Syarat

PEMAIN tengah Sepanyol, David Silva (gambar) bersetuju untuk menyertai Manchester City dengan syarat Valencia akan menerima bayaran bernilai 21 juta pound (RM101.8 juta) termasuk khidmat penyerang Roque Santa Cruz.

Menurut laporan The Mirror, Santa Cruz belum mempersetujui syarat itu dan jika dia enggan meninggalkan Eastlands, City perlu mengemukakan bayaran sebanyak 27 juta pound (RM130.9 juta) untuk menyempurnakan perpindahan tersebut.

Silva akan menerima gaji bernilai 80,000 pound (RM388,229) seminggu bersama City tetapi perpindahan itu hanya akan disempurnakan selepas dia pulang daripada menjalani tugas antarabangsa di Afrika Selatan dan lulus ujian kesihatan.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti pasti akan kecewa jika City berjaya mengikat kontrak dengan Silva memandangkan dia pernah berhasrat untuk membawa masuk pemain Sepanyol itu ke Stamford Bridge pada musim panas ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain