suria

Penyingkiran Itali Sudah Dijangka: Buffon

Buffon tidak diturunkan akibat kecederaan.
Buffon tidak diturunkan akibat kecederaan.
Buffon tidak diturunkan akibat kecederaan.

PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon menegaskan penyingkiran juara bertahan itu memang sudah dijangka selepas mereka tewas 2-3 di tangan Slovakia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F semalam.

Pasukan kendalian Pengurus Marcelo Lippi itu tersungkur awal di Stadium Ellis Park dan gagal mencatat kemenangan sehingga meletakkan mereka di tangga tercorot Kumpulan F, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak 1974.

Ia merupakan kali pertama Itali mengharungi kempen Piala Dunia tanpa sebarang kemenangan.

Buffon percaya penyingkiran itu tidak mengejutkan ekoran prestasi mengecewakan mereka dalam tiga perlawanan terdahulu.

"Kami tersingkir tepat pada masanya. Slovakia dan New Zealand adalah pasukan yang perlu dihormati. Kami gagal menewaskan pasukan itu, jadi kami patut pulang lebih awal," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain