suria

Gol Awal Honda Lonjak Semangat Jepun

Keisuke Honda meraikan jaringannya dengan rakan sepasukannya, Yuji Nakazawa (22). Foto REUTERS
Keisuke Honda meraikan jaringannya dengan rakan sepasukannya, Yuji Nakazawa (22). Foto REUTERS
Keisuke Honda meraikan jaringannya dengan rakan sepasukannya, Yuji Nakazawa (22). Foto REUTERS

KEISUKE Honda membuka jaringan awal untuk Jepun sebelum dua gol dijaringkan Yasuhito Endo dan Shinji Okazaki membantu negara matahari terbit itu mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2010.

Rembatan kaki kiri Honda ibarat keajaiban yang datang ketika Jepun memerlukan mata kemenangan ke atas Denmark pada perlawanan peringkat Kumpulan E terakhir awal pagi tadi.

Namun, dia tidak begitu gembira seperti yang dijangka dan memberitahu mereka perlu melepasi beberapa halangan besar jika mahu menjuarai trofi terulung di dunia tahun ini.

"Saya belum mahu berpuas hati. Perjalanan kami masih terlalu jauh. Kami perlu melangkah setapak demi setapak. Kami boleh menewaskan sesiapa saja jika mengekalkan rentak permainan seperti ini," katanya.

Honda, 24, membuktikan dia dan rakan sepasukannya mempamerkan persembahan berkualiti sehingga memberi laluan mudah kepada mereka untuk melangkah ke pusingan kedua di gelanggang lawan buat pertama kalinya.

"Ini adalah kemenangan besar untuk Jepun. Pengurus memberitahu kami supaya tidak terlalu menekankan taktik bertahan tetapi melakukan serangan. Ia menaikkan keyakinan kami.

"Saya bercakap dengan Okazaki sebelum permainan dan kami berdua berjanji akan menjaringkan gol. Jadi sudah semestinya kami gembira," katanya.

Pencapaian Jepun sehingga ke peringkat ini amat mengejutkan dan Pengurus Takeshi Okada memberitahu dia akan bersedia untuk mencipta lebih kemenangan apabila bertemu Paraguay di Pretoria, Isnin depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain