Chong Wei Pakar Strategi, Kata Sony Dwi Kuncoro - Sukan | mStar

Chong Wei Pakar Strategi, Kata Sony Dwi Kuncoro

JAKARTA: Pemain perseorangan lelaki Indonesia Sony Dwi Kuncoro menyifatkan Datuk Lee Chong Wei, yang akan menentangnya pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2010 esok, sebagai pakar mengatur strategi.

"Lee Chong Wei itu strateginya pintar. Dia pintar mengatur rentak permainan, awalnya pelan-pelan kemudian boleh berubah menjadi cepat," kata Sony selepas menewaskan pemain negara Wong Choon Hann pada peringkat suku akhir kejohanan itu di Istora Senayan di sini pada Jumaat.

Pemain nombor lapan dunia itu berkata, bagaimanapun, beliau bersedia mengulangi kemenangannya ke atas Chong Wei, seperti yang diraih seminggu lepas pada peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Singapura.

"Lawan dia itu selalu susah dan meletihkan, jadi saya siap mati-matian. Tidak akan ada yang saya simpan," katanya.

Sony berkata beliau akan cuba menikmati permainan menentang Chong Wei pada masa yang sama, berusaha "mengantisipasi" strategi jitu yang diatur pemain nombor satu dunia itu.

Sementara itu, Chong Wei yang merupakan juara bertahan kejohanan itu berkata, kali ini beliau lebih bersedia menentang Sony berbanding ketika Terbuka Singapura.

Katanya, pada ketika itu, beliau mengalami kecederaan di lutut selepas mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Thomas di Kuala Lumpur bulan lepas.

Kecederaan itu kini beransur pulih dan Juara All England tersebut bersedia menampilkan permainan terbaiknya walaupun Terbuka Indonesia memberi banyak cabaran kepada pemain dari negara lain.

"Bermain di Indonesia melawan pemain Indonesia semua susah. Baik Taufik Hidayat, Sony Dwi Kuncoro ataupun Simon Santoso, sama saja. Mereka tentu bersemangat bermain di depan penyokong yang ramai," katanya.

Meskipun begitu, Chong Wei berkata beliau sudah dapat menikmati "aura permainan" di Indonesia, yang sebelum ini "mengerikan."

Beliau kini tercabar untuk memberi persembahan terbaik kepada penonton yang memenuhi Istora Senayan, Jakarta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Belanda 2 - 1 Cameroon

Artikel Berikut

Choong Han Tidak Tertekan Jumpa Sony

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain