suria

Peluang Itali Iringi England, Jerman

JUARA Piala Dunia terpaksa bekerja keras untuk menyertai beberapa kuasa Eropah seperti England dan Jerman yang sudah melepasi halangan peringkat kumpulan terakhir semalam dan awal pagi tadi.

Itali yang rata-ratanya diperkuat pemain berusia akan cuba untuk mengikut jejak England yang menemui semula ramuan berbisa selepas menewaskan Slovenia 1-0.

Pasukan kendalian Pengurus Marcelo Lippi itu perlu menundukkan Slovakia yang menghuni tempat tercorot Kumpulan F bagi menjamin tempat ke pusingan kalah mati.

Namun, keputusan seri juga membolehkan Itali mara selagi pendahulu Paraguay menewaskan New Zealand malam ini.

Pada perlawanan berasingan awal pagi esok, Belanda sudahpun melayakkan diri ke pusingan kedua walaupun akan menentang Cameroon yang tersingkir awal.

Jepun dan Denmark juga akan bertemu sesama sendiri awal pagi esok. Denmark perlu mencatat kemenangan dan Jepun yang menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan hanya memerlukan keputusan seri.

Jerman yang menanggung kekecewaaan selepas tewas kepada Serbia minggu lalu bangkit mengiringi Argentina ke pusingan kedua selepas menundukkan Ghana 1-0 awal pagi tadi.

Walaupun tewas skuad The Black Stars mengesahkan status mereka sebagai pasukan terbaik benua Afrika.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain