suria

SEPANYOL 2 HONDURAS 0

SELEPAS dikejutkan dengan kekalahan pada perlawanan pertama menentang Switzerland pada 16 Jun lalu, Sepanyol mempamerkan tahap sebenar mereka semula dengan menundukkan Honduras 2-0 dalam perlawanan lewat pagi tadi.

Kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh hero baru Sepanyol David Villa pada minit ke-17 dan 51.

David Villa yang baru dibeli oleh Barcelona membuktikan kenapa beliau bakal dinobatkan sebagai penyerang nombor satu Sepanyol selepas ini dan jika tidak kerana sepakan penalti yang diambilnya tersasar sudah pastinya beliau akan mencipta hatrik pertamanya.

Sepanyol yang bermain 66 minit pertama tanpa Cesc Fabregas telah menyandarkan harapan mereka ke atas pemain sayap berketurunan Gipsy iaitu Jesus Navas dan pertaruhan tersebut berbaloi apabila pemain licik itu memporak perandakan pertahanan Honduras dari sebelah kanan seawal minit kedua dan kemudiannya sepanjang perlawanan.

Pemain yang turun dengan reputasi tinggi Fernando Torres telah mensia-siakan dua peluang terbuka di hadapan gol lawan tetapi malam semalam bukanlah malam untuknya.

Pada minit ke-70, Torres telah diganti dengan Juan Manuel Mata.

Sepanyol kini menduduki tangga kedua kumpulan mengumpul tiga mata. Chile masih menduduki tempat pertama dengan enam mata penuh.

Namun begitu Switzerland yang berkongsi mata dengan Sepanyol tetapi berada di tangga ketiga kerana perbezaan gol masih mampu mengugat kedudukan Sepanyol sekiranya ia menang besar ke atas Honduras dalam perlawanan terakhir pada 25 Jun nanti.

Sepanyol pula akan berhadapan dengan Chile iaitu pendahulu kumpulan dan dengan prestasi Chile pada waktu ini, ternyata Sepanyol perlu mengekalkan tahap perlawanan mereka sepertimana malam tadi untuk memastikan mereka langkah ke peringkat kalah mati.

SEPANYOL: Iker Casillas, Gerard Pique, Carles Puyol, Joan Capdevila, Sergio Ramos (Alvaro Arbeloa, 77), Xavier Hernandez Xavi (Cesc Fabregas, 65), Xabi Alonso, Sergio Busquets, Jesus Navas, David Villa, Fernando Torres (Juan Manuel Mata, 70).

HONDURAS: Noel Valladares, Osman Chavez, Maynor Figueroa, Emilio Izaguirre, Sergio Mendoza, Wilson Palacios, Roger Espinoza (Georgie Welcome, 46), Danilo Turcios (Ramon Nunez, 63), Amado Guevara, David Suazo (Jerry Palacios, Je, 84), Walter Martinez.

PENGADIL: Nishimura, Y

STADIUM: Ellis Park, Johannesburg

JUMLAH PENONTON: 45,000

Artikel Sebelum

Uruguay Atasi Mexico 1-0

Artikel Berikut

Artikel Lain