suria

Piala Dunia: Itali 1, New Zealand 1

NELSPRUIT, Afrika Selatan: Itali dan New Zealand seri 1-1 pada perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia 2010 di Stadium Mbombela malam tadi.

New Zealand mengejutkan juara dunia itu apabila mendahului pada minit ketujuh menerusi gol Shane Smeltz.

Bagaimanapun, Itali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Vincenzo Iaquinta pada minit ke-29. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain