suria

Tuan Rumah Tewas 0-3 Kepada Uruguay

PRETORIA: Dua gol jaringan bekas pemenang kasut emas Eropah dua kali, Diego Forlan membantu Uruguay mencatat kemenangan 3-0 ke atas Afrika Selatan dan memberi tekanan kepada tuan rumah untuk menjadi pasukan pertama terkeluar di peringkat kumpulan.

Alvaro Pereira menambah gol ketiga pada masa kecederaan.

Lebih malang lagi buat Afrika Selatan apabila penjaga gol mereka Khune dilayangkan kad merah pada minit ke-76.

Ini bermakna beliau akan terlepas perlawanan penentu menentang Perancis pada 22 Jun ini.

AFRIKA SELATAN: Itumeleng Khune, Siboniso Gaxa, Tsepo Masilela, Aaron Mokoena, Bongani Khumalo, Siphiwe Tshabalala, Steven Pienaar (Moeneeb Josephs, 79), Teko Modise, Reneilwe Letsholonyane (Surprise Moriri, 57), Kagisho Dikgacoi, Katlego Mphela.

URUGUAY: Fernando Nestor Muslera, Diego Moreno Lugano, Diego Roberto Godin, Jorge Fucile (Alvaro Fernandez, A, 71), Alvaro Barragan Pereira, Diego Perez Ruso (Walter Gargano, 90), Maximiliano Victor Pereira, Egidio Arevalo Rios, Edinson Cavani (Sebastian Fernandez, S, 90), Luis Suarez, Diego Forlan.

PENGADIL: Busacca, M

STADIUM: Loftus Versfeld Stadium, Pretoria

JUMLAH PENONTON: 51,000

Artikel Lain