suria

Switzerland Tewaskan Sepanyol, 1-0

SWITZERLAND menewaskan Sepanyol 1-0 menerusi jaringan Gelson Fernandes (51') dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Moses Mabhida semalam.

Keputusan ini adalah yang paling mengejutkan sejak kejohanan ini bermula 11 Jun lalu.

Di hadapan 62,453 penonton, Sepanyol yang merupakan juara Eropah dan dikatakan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk ke separuh akhir dimalukan oleh sebuah negara peranginan yang kebanyakkan pemainnya tidak dikenali kecuali Philippe Senderos yang pernah bermain untuk Arsenal.

Bagaimana pun, perlu disebut, Argentina dan Jerman adalah dua buah negara yang pernah tewas dalam perlawanan pertama mereka dan kemudian bangkit semula untuk terus ke perlawanan akhir dan memenangi Piala Dunia.

Sepanyol kini perlu menewaskan Chile dan Honduras untuk memastikan mereka memasuki pusingan seterusnya iaitu pusingan kalah mati.

SEPANYOL: Iker Casillas, Gerard Pique, Carles Puyol, Joan Capdevila, Sergio Ramos, Andres Iniesta (Pedro Rodriguez Pedrito, 77), Xavier Hernandez Xavi, Xabi Alonso, Sergio Busquets (Fernando Torres, 61), David Jimenez Silva (Jesus Navas, 62), David Villa.

SWITZERLAND: Diego Benaglio, Stefan Lichtsteiner, Philippe Senderos (Steve von Bergen, 36), Stephane Grichting, Reto Ziegler, Benjamin Huggel, Tranquillo Barnetta (Mario Eggimann, 90), Gokhan Inler, Gelson Fernandes, Blaise N'Kufo, Eren Derdiyok (Hakan Yakin, 79)

Artikel Lain