Nurul Farhanah Raih Dua Emas, Layak Ke Komanwel - Sukan | mStar

Nurul Farhanah Raih Dua Emas, Layak Ke Komanwel

MELAKA: Kedah berjaya merangkul pingat emas dalam acara snatch dan clean and jerk kategori 63kg wanita pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini, semalam.

Atlet skuad elit Majlis Sukan Negara Nurul Farhanah Johari, 22, memungut dua pingat emas apabila berjaya membuat angkatan masing-masing 81kg dan 102kg, sekali gus melayakkan beliau mewakili negara ke Sukan Komanwel di New Delhi, India pada Oktober depan.

Pingat perak dimenangi oleh atlet Sabah Franceay Titus dalam acara Snatch dan clean and jerk setelah berjaya membuat angkatan masing-masing 71kg dan 88kg.

Pingat gangsa diraih atlet Johor Nor Shahida Abd Halim dengan angkatan 65kg bagi acara snatch. Bagi acara clean & jerk gangsa dimiliki oleh atlet Kelantan Wan Nor Waidatulnajwa dengan angkatan 81kg.

Bagi kategori tidak melebihi 58kg wanita, atlet Johor Elyone Matin memperoleh pingat emas dalam acara clean and jerk dengan angkatan 84kg dan pingat perak dalam acara snatch dengan angkatan 70kg.

Fatin Atikah Osman, 17, dari Perlis memperoleh emas pertama untuk Perlis dalam acara snatch dengan angkatan 72kg.

Pingat gangsa dimenangi oleh Nurul Ismayanti dari Kedah dalam acara snatch dengan angkatan 67kg manakala Nurul Qistina dari Pahang mendapat pingat gangsa dengan angkatan 74kg bagi acara clean and jerk.

Sementara itu, dalam kategori tidak melebihi 77kg lelaki acara snatch, pingat emas menjadi milik atlet Terengganu Mohd Azarudin Nordin, 21, apabila berjaya mengangkat bebanan 127kg dan mendapat gangsa dalam acara clean & jerk setelah mengangkat bebanan 152kg.

Mohd Fauzi Hasibullah dari Selangor pula memungut emas dalan acara clean and jerk apabila berjaya mengangkat bebanan 154kg dan memperoleh pingat perak dalam acara snatch dengan angkatan 120kg.

Atlet dari Sarawak Johnathan Patrick mendapat pingat gangsa dalam acara snatch dan pingat perak dalam acara clean and jerk setelah berjaya mengangkat bebanan masing-masing 119kg dan 154kg. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Senarai Penjaring Piala Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain