suria

Penampilan Torres, Iniesta Masih Diragui

PENAMPILAN Fernando Torres (gambar) dan Andres Iniesta bersama Sepanyol dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan H, menentang Switzerland esok masih menjadi teka-teki memandangkan kedua-duanya sedang berusaha untuk memperbaiki tahap kecergasan masing-masing.

Sepanyol dianggap pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Dunia tahun ini memandangkan skuad itu dibarisi pemain serba boleh yang turut memenangi kejuaraan Euro 2008.

Pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque tidak akan terburu-buru menurunkan Torres yang sedang memulihkan kecederaan lututnya dan dijangka mempertaruhkan penyerang David villa untuk memperkuat jentera serangan pasukan itu.

Iniseta dilihat mampu pulih lebih awal daripada kekejangan otot paha dan mengisi barisan tengah Sepanyol. Namun, kehadiran Cesc Fabregas atau David Villa dan Juan Mata mungkin menyebabkan Del Bosque enggan mengambil risiko terlalu awal terhadap Iniesta.

Pada perlawanan pembukaan di stadium Moses Mabhida itu, Switzerland pastinya terpaksa menggandakan usaha untuk mengekang kemaraan Sepanyol kerana ketiadaan penjaring terbanyak dan kapten, Alex Frei.

Switzerland turut akan kehilangan pemain tengah, Valon Behrami kerana kecederaan paha manakala Frei masih bergelut dengan masalah buku lali.

Ketiadaan mereka akan menyebabkan Eren Derdiyok bergandingan dengan Blaise Nkufo di bahagian serangan jika Pengurus Ottmar Hitzfeld masih mahu mengekalkan formasi 4-4-2.

"Pasukan mereka begitu padat. Pada perlawanan Piala Dunia terdahulu, mereka pulang tanpa sebarang kemenangan tetapi mencatatkan prestasi cemerlang sepanjang kempen kelayakan kali in," kata Del Bosque.

Artikel Sebelum

Artikel Lain