suria

Walaupun Tewas, Sabri Masih Puas Hati

MELAKA: Walaupun kalah di perlawanan akhir dalam acara Epee perseorangan lelaki, namun pemain pedang Sabah, Sabri Nullah masih berpuas hati mengenainya.

Beliau gagal memenangi emas setelah tewas kepada peserta Selangor, Koh I Jie dengan mata 15-9 di Kompleks Sukan Batu Berendam semalam.

"Saya gementar di pusingan pertama selepas menewaskan peserta Perlis (Yeo Jun Seng).

"Saya kembali yakin di pusingan kedua. Tetapi saya melakukan banyak kesilapan dan terpaksa memperbaiki permainan di baki perlawanan untuk memasuki pusingan seterusnya.

"Apapun saya gembira kerana ini mungkin merupakan penyertaan Sukan Malaysia terakhir buat saya," kata Sabri.

Dalam peringkat kalah-mati, Sabri menewaskan Ruberchandran dari Wilayah Persekutuan buat kali kali kedua dengan mata 15-13 untuk mara ke sukur akhir di mana beliau menewaskan pula peserta Terengganu, Muhammad Roslan 13-12.

Sabri kemudiannya menempah tempat ke final dengan kemenangan 15-10 ke atas Azroul Fazly. -BERNAMA

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain