suria

Sukma: Tiga Pasukan Melangkah Ke Suku Akhir

MELAKA: Selangor berjaya mara ke suku akhir acara bolasepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 apabila muncul juara kumpulan D selepas seri 1-1 dengan Melaka pada perlawanan akhir kumpulan di sini malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Hang Tuah di sini, M. Anbalagan meletakkan Selangor di hadapan dengan jaringan pada minit ke-65 sebelum Dzulkifli Gali menyamakan kedudukan untuk Melaka pada minit ke-74.

Dalam perlawanan Kumpulan D di Sekolah Menengah Seri Kota di sini, Negeri Sembilan turut menempah tiket ke suku akhir selepas mengalahkan Pahang 4-1.

Wilayah Persekutuan juga turut mara ke suku akhir selepas mengalahkan Perlis 6-1 dalam saingan Kumpulan A.

Keputusan perlawanan kumpulan lain: A: Perak dan Kedah seri 3-3 C: Terengganu mn Pulau Pinang 2-0, Sabah mn Sarawak 3-2.- BERNAMA

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain