suria

United Buru Khidmat Kjaer Ganti Vidic

MENURUT laporan The Daily Mail, bek tengah Palermo, Simon Kjaer (gambar) menjadi sasaran utama Manchester United pada musim panas ini untuk mengisi posisi yang akan ditinggalkan Nemanja Vidic di Old Trafford.

Pemain kelahiran Serbia itu bersedia angkat kaki dari United selepas aksi Piala Dunia, kata ejennya, Paulo Fabbri.

Desas-desus itu menyebabkan United sedia mengemukakan tawaran terhadap Kjaer yang turut menarik perhatian seteru utama pasukan itu, Manchester City.

"Dia akan membuat keputusan berhubung masa depannya sebelum tamat kempen Piala Dunia bulan depan," katanya.

Fabbri memberitahu Vidic pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk berpindah ke kelab lain sebelum ini dan meminta United mempertimbangkan keputusannya.

Bagaimanapun, perpindahan itu hanya akan disempurnakan selepas selesai mewakili Serbia di Afrika Selatan kelak.

Palermo menetapkan harga perpindahan Kjaer bernilai 12 juta pound (RM57.93 juta). Kelab itu juga mengesahkan Red Devils sudah mengemukakan tawaran terhadapnya.

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain