suria

Sabah Berjaya Peroleh Emas Acara Angkat Berat

MELAKA: Sabah dan Kelantan menguasai hari pembukaan acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.

Dalam bawah 52 kg lelaki, peserta Sabah Lester Avin Ambrose, 21, meraih pingat emas dalam kategori clean & jerk dengan angkatan beban 118kg manakala Mohd Fadzli Dollah dari Kelantan memperoleh emas dalam snatch dengan angkatan beban 98kg.

Lester juga memperolehi pingat perak setelah berjaya membuat angkatan beban 92 kg bagi acara snatch.

Atlet harapan tuan ruman Melaka, Mohd Zahir Abd Rahim meraih pingat perak dalam acara clean & jerk dengan angkatan beban 118 kg.

Pingat gangsa bagi acara clean & jerk dan snatch dibolot oleh atlet Johor Mohamad Tramizi Abdullah dengan angkatan beban 117kg dan 92kg.

Acara angkat berat, yang menawarkan 17 emas itu, akan diteruskan Ahad ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain