suria

Peluang Argentina Tutup Kritikan

Messi senjata berbisa Argentina untuk melepasi saingan peringkat Kumpulan B.
Messi senjata berbisa Argentina untuk melepasi saingan peringkat Kumpulan B.
Messi senjata berbisa Argentina untuk melepasi saingan peringkat Kumpulan B.

PERLAWANAN pertama Argentina pada peringkat Kumpulan B tidak begitu membimbangkan Pengurus Diego Maradona memandangkan mereka akan bertemu Nigeria di Ellis Park, esok.

Argentina bebas daripada sebarang masalah kecederaan jika dibandingkan dengan Nigeria yang kehilangan tonggak utama John Obi Mikel.

Namun tahap kecergasan mungkin menjadi isu buat Lionel Messi apabila penatnya masih belum hilang ketika membantu Barcelona mempertahankan trofi Serie A musim lalu manakala Juan Sebastian Veron ekoran faktor usia.

"23 skuad akhir pasukan berada pada tahap optimum," kata doktor skuad Argentina, Donato Villani.

Selepas hampir gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia tahun lalu, Argentina mempunyai beberapa pemain berbakat tetapi kualiti mereka dalam satu pasukan masih belum diketahui.

Mereka mempunyai kombinasi pemain muda dan berpengalaman sekali gus bakal mengulangi detik manis pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002 di Jepun apabila Argentina mencatat kemenangan 1-0 ke atas Nigeria.

Nigeria perlu mengatur strategi terbaik untuk menyekat kemaraan Argentina esok. Kehadiran Nwanko Kanu yang pernah bertemu pasukan kendalian Maradona lapan tahun lalu sedikit sebanyak menyuntik semangat pasukan itu. Kanu terlepas aksi final 2006 di Jerman kerana Nigeria gagal melayakkan diri.

Mikel yang menyerlah bersama Nigeria sejak penampilan terakhir mereka pada Piala Dunia mungkin menjejaskan tumpuan pasukan, kata penyerang Yakubu Aiyegbeni.

"Dia adalah pemain terbaik dalam pasukan tetapi kami masih mempunyai ramai pemain berkualiti. Kami tidak tertekan dan bersedia mengharungi semua perlawanan kali ini.

"Saya sudah kembali berada pada prestasi maksimum. Kini saya memikul tanggungjawab besar untuk membantu pasukan menjulang trofi kejuaraan," katanya.

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain