suria

Kami Layak Isi Slot 32 Pasukan Akhir: Domenech

WALAUPUN dikritik hebat selepas melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia menerusi gol kontroversi William Gallas dengan bantuan 'tangan Tuhan' Thierry Henry, Pengurus Perancis, Raymond Domenech percaya pasukannya layak mengisi senarai 32 pasukan ke Afrika Selatan.

"Kami menamatkan perlawanan kelayakan di tempat kedua dan memenangi aksi play off sama seperti Uruguay. Terdapat 32 pasukan yang melayakkan diri ke pusingan akhir. Itu adalah lumrah dalam bola sepak," katanya.

Menurutnya, pasukan yang berada di bumi Afrika itu antara yang layak dan akan bertarung sesama sendiri merebut trofi kejuaraan.

Belumpun perlawanan pertama berlangsung, Perancis menunjukkan prestasi mengecewakan apabila tewas kepada China pada perlawanan persahabatan.

Gallas turut menunjukkan reaksi negatif sebaik saja bintang Manchester United, Patrice Evra dinamakan sebagai kapten pasukan itu.

Bagaimanapun, Domenech yakin segalanya akan berjalan mengikut perancangan dan mengakui anak buahnya tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Uruguay dalam aksi peringkat Kumpulan B, awal pagi esok.

"Saya dapat melihat suasana tenang di kem Perancis," katanya.

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia 2010

Artikel Lain