suria

Tiada Daging Lembu Disajikan Untuk Peserta Sukma

MELAKA: Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 Melaka memutuskan supaya tiada daging lembu disajikan dalam makanan yang disediakan untuk peserta, urusetia dan sukarelawan sepanjang temasya sukan itu.

Pengerusi sekretariat Datuk Abdul Karim Sulaiman berkata keputusan itu diambil setelah mendapat persetujuan daripada semua jawatankuasa terlibat termasuk kontinjen.

"Kita mengambil keputusan ini dengan semangat hormat-menghormati, semangat 1Malaysia dan memahami sensitiviti sesuatu kaum," katanya dalam sidang akhbar di Stadium Hang Jebat di sini hari ini.

Padi tadi, sekretariat Sukma menerima rungutan tentang terdapatnya daging lembu dalam sajian makanan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk mereka yang beragama Hindu.

Sebanyak 20 katerer terlibat dalam penyediaan makanan untuk lebih kurang 12,000 orang termasuk atlet dan pegawai pada Sukma kali ini.

- BERNAMA

Artikel Lain