suria

Skuad Menembak Sertai Kejohanan Dunia Di Munich

LANGKAWI: Skuad menembak kebangsaan akan menjadikan kejohanan menembak dunia di Munich bulan depan sebagai medan untuk menguji kemampuan mereka menjelang Sukan Komanwel 2010 di India Oktober ini.

Menurut jurulatih menambak kebangsaan Mohd Hashim Md Desa, kejohanan di Jerman yang bermula dari 29 Julai hingga 11 Ogos dijangka turut disertai penembak handalan dunia.

"Jadi ia merupakan peluang terbaik kita untuk menguji kemampuan penembak negara," katanya.

Skuad negara sedang menjalani latihan di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) sejak 12 Mei lalu.

Beliau berkata sebelum ini 14 penembak bagi acara Pistol dan Rifle turut menyertai tiga kejohanan di Sydney, Beijing dan Kuwait.

Para penembak akan berlepas dua minggu lebih awal sebelum kejohanan di Munich bagi menjalani latihan di Belarus. - BERNAMA

Artikel Lain