suria

Lippi Pertahan Pemilihan 23 Skuad Akhir Itali

PENGURUS Itali, Marcello Lippi menolak dakwaan bahawa 23 skuad akhir pasukan itu dibarisi ramai pemain veteran yang terpaksa bekerja keras sepanjang kempen Piala Dunia bulan ini.

"Kami bukanlah pasukan yang diperkuat pemain tertua tetapi ada beberapa pasukan yang memiliki pemain paling tua berbanding kami," katanya.

Menurut beliau, dia menggabungkan sembilan pemain yang beraksi pada Piala Dunia 2006 ke dalam skuad sedia ada.

"Saya pernah melihat sebuah pasukan yang menurunkan 23 pemain akhir sama, empat tahun kemudian. Kami menggabungkan pemain muda dan pemain yang berkualiti," tegasnya.

Lippi memberitahu kecederaan yang melanda Andrea Pirlo dan Mauro Camoranesi sedikit sebanyak menjejaskan persiapan skuadnya menjelang perlawanan getir ini.

"Saya ada strategi yang jelas tetapi gagal menterjemahkan ia di atas padang kerana beberapa pemain ditimpa masalah kecederaan," tambahnya.

Meskipun tanpa kehadiran Pirlo, Lippi tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap barisan pemain yang akan diturunkan menentang Paraguay pada perlawanan pertama, Isnin depan.

Artikel Lain