suria

Skuad Silat Cari Rentak Di Hanoi

KUALA LUMPUR: Seramai 22 pesilat negara akan menyertai Kejohanan Silat Asia Tenggara di Hanoi, Vietnam pada awal Ogos ini.

Penyelaras Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Osman Nok berkata penyertaan di Hanoi bertujuan untuk mengukur tahap sebenar kekuatan skuad kebangsaan sebelum menghadapi Kejohanan Silat Dunia di Kalimantan, Indonesia pada Disember.

"Peserta silat negara akan berusaha bagi mempertahankan lima pingat emas yang pernah diperolehi sebelum ini di kejohanan yang sama di Indonesia nanti, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam ranking dunia selepas Vietnam, ia tidak bermakna bahawa skuad negara kini berada dalam kedudukan selesa.

- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain