suria

Sepanyol Menang Besar, Iniesta Cedera

BINTANG Barcelona, Andres Iniesta bergelut dengan kecederaan selepas Sepanyol berpesta gol ke atas Poland pada perlawanan pemanas badan menjelang kempen Piala Dunia, semalam.

Iniesta terpaksa dikeluarkan pada babak pertama ekoran kecederaan di bahagian otot pahanya ketika pasukan kendalian Pengurus Vicente Del Bosque mencatat kemenangan 6-0.

Dia berada pada tahap terbaik sebelum meninggalkan padang dan mencipta peluang untuk David Villa dan David Silva menjaringkan dua gol awal.

Pemain berusia 26 tahun itu digantikan dengan Pedro pada minit ke-39 tetapi tidak mendapatkan rawatan segera dan hanya menyaksikan perlawanan di tempat duduk pemain.

Pengarah Sukan Persekutuan Bolasepak Sepanyol, Fernando Hierro memberitahu mereka tidak bimbang dengan kecederaan yang menimpa Iniesta.

"Ia lebih kepada langkah berjaga-jaga. Iniesta hanya mengalami sedikit ketegangan di otot pahanya. Dia akan pulih," katanya.

Sepanyol terus menghangat keadaan di Murcia apabila menjaringkan empat gol pada babak kedua dengan mempamerkan aksi memberangsangkan.

Pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas yang sedang berusaha untuk mengembalikan sentuhan berbisanya selepas dilanda kecederaan, meletakkan kedudukan 4-0 pada minit ke-57.

Dia juga mencipta peluang untuk Fernando Torres menghasilkan gol kelima Sepanyol.

Xabi Alonso dan Pedro turut menjadi tonggak utama Sepanyol untuk meraih gelaran juara dunia di Afrika Selatan.

Sepanyol diletakkan dalam Kumpulan H bersama Switzerland, Honduras dan Chile. Mereka akan beraksi pada perlawanan pertama 16 Jun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain