suria

KLIA Juara Keseluruhan Sukan Malaysia Airports

LANGKAWI: Lapangan Terbang Antarabangsa KL menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia Airports Holding Berhad yang berakhir di sini malam tadi.

KLIA meraih tujuh acara iaitu badminton (wanita), tenis, sepak takraw, ping pong, catur, karom dan perbarisan terbaik.

Bagaimanapun, dalam acara bola sepak, KLIA tewas kepada gabungan Lapangan Terbang Langkawi dan Lapangan Terbang Alor Setar menerusi tendangan penalti.

Seramai 800 warga kerja Malaysia Airports mewakili 12 kontinjen dari seluruh negara menyertai temasya sukan lima hari itu yang mempertandingkan 16 acara.

Pengerusi Malaysia Airports Tan Sri Dr Aris Othman menyampaikan hadiah-hadiah.

- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain