suria

Inter Dijangka Umum Pelantikan Benitez Sebagai Pengurus Baru Rabu...

BEKAS Pengurus Liverpool, Rafael Benítez dijangka akan diperkenalkan sebagai pengurus Inter Milan yang baru esok selepas Presiden Inter, Massimo Moratti mengesahkan urusan mendapatkan khidmat Benitez secara umumnya telah selesai.

Ini bermakna, Benítez yang memperolehi £6 juta (RM28.75 juta)sebagai pampasan supaya meninggalkan Liverpool hanya sempat menganggur selama lima hari sahaja.

Agen Benítez, Manuel Garcia Quilon berkata, perbincangan dengan wakil Inter berjalan lancar bagi membolehkan pengurus berbansga Sepanyol itu mengambil alih tempat Jose Mourinho yang kini melatih Real Madrid.

Adalah difahamkan, Benítez bakal menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Inter dan dijangka memperolehi gaji berjumlah £4.1 juta (RM19.4 juta) semusim.

Benitez juga dijangka akan diberi kebebasan untuk melantik staf pengurusannya sendiri dan dia dijangka membawa mereka yang telah bersamanya di Liverpool ke Inter.

Sementara itu penolong Benitez di Liverpool, Sammy Lee yang merupakan anak tempatan dan bekas pemain kelab itu dijangka akan terus kekal bersama Liverpool sehingga pengurus baru dilantik.

Artikel Lain