suria

England Antara Pasukan Yang Perlu Ditewaskan: Villa

Villa melakukan latihan regangan di stadium Nueva Condomina, Murcia, semalam. Foto AP
Villa melakukan latihan regangan di stadium Nueva Condomina, Murcia, semalam. Foto AP
Villa melakukan latihan regangan di stadium Nueva Condomina, Murcia, semalam. Foto AP

PENYERANG sensasi Sepanyol, David Villa percaya England mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara Piala Dunia di Afrika Selatan tahun ini.

Villa memuji corak permainan beberapa bintang skuad The Three Lions itu dan percaya England berupaya menamatkan kemarau kejuaraan dalam perlawanan utama sejak sekian lama.

Dia yang baru saja berhijrah ke Barcelona dari Valencia bulan lalu menyamakan England seperti Sepanyol dan percaya era kegemilangan pasukan itu akan tiba jua.

"Ya, England mempunyai keupayaan secukupnya untuk memenangi aksi Piala Dunia. Sudah semestinya. Mereka seakan-akan menyerupai Sepanyol.

"Mereka dibarisi pemain-pemain hebat tetapi berdepan kesukaran pada perlawanan besar. Saya yakin generasi baru mereka akan membawa England ke aksi final. Mereka antara pasukan yang perlu dikalahkan," katanya.

Pemain berusia 28 tahun itu akan bergandingan dengan Fernando Torres untuk mempertajam jentera serangan Sepanyol yang menjadi salah satu pasukan pilihan untuk muncul juara kali ini.

Villa turut menggagumi beberapa pemain terkemuka England seperti Wayne Rooney, Frank Lampard dan Steven Gerrard.

"Secara individunya, England diwakili ramai pemain berbakat tidak kira di bahagian pertahanan, tengah mahupun serangan. Mereka juga mendapat bimbingan daripada pengurus terbaik dunia," jelasnya.

Artikel Lain