suria

Drogba Bawa Khabar Gembira Untuk Ivory Coast

DIDIER Drogba kembali memperkuat skuad Pialad Dunia Ivory Coast, semalam selepas menjalani pembedahan keretakan di bahagian lengannya.

Namun, dia belum dapat dipastikan akan pulih sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan pembukaan Kumpulan G menentang Portugal di Port Elizabeth, minggu depan.

Drogba mengalami keretakan pada tulang ulna di lengan kanannya ketika bertemu Jepun pada perlawanan pemanas badan di Switzerland, Jumaat lalu.

Penyerang Chelsea itu menjalani pembedahan di Berne, Sabtu lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast memberitahu Drogba telah menyertai rakan sepasukannya di sebuah hotel di Switzerland, semalam.

Dia menghabiskan masa sepanjang minggu lalu di hospital dengan ditemani isteri dan tiga anaknya.

"Proses pemulihannya berjalan dengan lancar. Dia menunjukkan tanda-tanda positif untuk kembali beraksi di samping rakan sepasukannya dalam tempoh terdekat," kata jurucakap Roger Kouassi.

Skuad Ivory Coast akan berlepas ke Afrika Selatan, esok. Mereka menjalani latihan fasa akhir dengan bertemu Switzerland pada aksi persahabatan di Lausanne Sports, Nyon hari ini.

Artikel Lain