suria

Nadal Juara Tenis Terbuka Perancis (Lelaki)

PARIS: Pemain tenis nombor dua dunia, Rafael Nadal (gambar) muncul juara Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain pilihan kelima Robin Soderling 6-4 6-2 6-4 di Roland Garros semalam.

Kejayaan di Paris itu menghidupkan peluang Nadal untuk mengambil alih kedudukan Roger Federer dan kembali mengisi ranking tertinggi dunia, selepas pemain Switzerland itu gagal mara ke peringkat separuh akhir.

Nadal bermain dengan selesa dan menguasai keseluruhan permainan semalam untuk merangkul takhta juara selepas Soderling gagal memanfaatkan permainan di jaring selepas minit ke-98.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain