suria

Cesar Terlepas Perlawanan Pembukaan Brazil

JOHANNESBURG:Penjaga gol Brazil, Julio Cesar akan terlepas perlawanan pembukaan pasukan dalam tempoh dua tahun apabila dia sekadar menyaksikan rakan sepasukannya bertemu Tanzania pada perlawanan persahabatan, hari ini.

Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) semalam berkata, Cesar tidak akan berlepas ke Tanzania dengan skuad kendalian Pengurus Dunga selepas mengalami kecederaan belakang ketika menentang Zimbabwe, minggu lalu.

"Julio Cesar tidak akan berlepas ke Tanzania bersama skuad Brazil. Dia akan terus menjalankan rawatan fisioterapi," kata CBF dalam satu kenyataan.

Cesar yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia terpaksa dikeluarkan pada babak pertama ketika menewaskan Zimbabwe 3-0, Rabu lalu.

Dunga pernah memberitahu kecederaan penjaga gol berusia 30 tahun itu tidak begitu serius dan dia boleh pulih dalam tempoh beberapa hari.

Cesar diturunkan dalam 26 perlawanan terakhir Brazil setakat ini dan terlepas pertemuan dengen Venezuela di mana mereka tewas 0-2 pada Jun, 2008.

Juara dunia lima kali itu akan bertemu Korea Utara, Ivory Coast dan Portugal dalam perlawanan peringkat kumpulan pusingan pertama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain