suria

Negeri Sembilan Idam Emas

KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi Negeri Sembilan bertekad membawa pulang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Ke-13 pada 12-19 Jun ini di Melaka.

Pengurus pasukan Zulkifli Shamsudin berkata berdasarkan rekod, anak buahnya yang terdiri daripada pemain skuad pembangunan rabgi Negeri Sembilan bawah 21 tahun itu, mampu untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat akhir.

Beliau berkata antara rekod cemerlang yang dicatat skuad itu termasuk menjadi juara bagi Kejohanan Ragbi Remaja Kebangsaan 2009 dan johan bagi pertandingan ragbi di Universiti Teknologi Mara Segamat 10 sebelah tahun ini.

"Enam daripada pemain kami juga pernah mewakili Skuad Ragbi Remaja Kebangsaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Acara ragbi Sukma akan berlangsung pada 17 hingga 19 Jun ini di Politeknik Merlimau Melaka.

Negeri Sembilan diletakkan dalam kumpulan B bersama Perlis dan Sabah.

Pasukan itu meraih pingat perak dalam acara ragbi pada 2004 di Negeri Sembilan, gangsa pada 2006 di Kedah dan terbaru pingat perak di Terengganu pada 2008.

Artikel Lain