suria

Nadal Jumpa Soderling Perlawanan Akhir Terbuka Perancis

PARIS: Juara empat kali, Rafael Nadal melangkah ke final kejohanan tenis Terbuka Perancis untuk bertemu Robin Soderling yang disifatkan pertemuan balas dendam selepas pertama kali tahun lalu.

Pemain pilihan kedua dari Sepanyol menewaskan pemain Austria, Jurgen Melzer 6-2, 6-3, 7-6 (8/6) dan mempertahankan rekod sepanjang kejohanan ini tanpa kalah satu set.

Soderling, pemain pilihan kelima dari Sweeden yang kalah kepada Roger Federer pada final tahun lalu, menamatkan cabaran Tomas Berdych dari Republik Czech Republic 6-3, 3-6, 5-7, 6-3, 6-3 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, semalam.

“Ia hari yang cukup panas dan bola melantun tinggi sehingga menyukarkan permainan.

“Soderling bermain baik ketika ini dan pada pertemuan dengannya nanti saya akan mencuba sebaik mungkin.

"Sememangnya ia perlawanan yang sengit nanti," kata Nadal. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain