suria

Malaysia Tewaskan Vietnam 3-0

KOTA KINABALU: Malaysia menewaskan Vietnam 3-0 dalam satu perlawanan pada Pesta Gabungan Bolasepak Asia (AFC) Asia Tenggara 2010 bawah 14 tahun di Stadium Likas di sini, hari ini.

Malaysia, yang dibarisi oleh sembilan pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar, melakukan serangan demi serangan pada kebanyakan separuh masa pertama.

Muhd Aiedil Shafiq membuka jaringan bagi Malaysia menerusi satu sepakan penyudah yang baik pada minit ke-12.

Akram Asidi yang menerima hantaran daripada Muhd Aiedil berjaya menembusi barisan pertahanan Vietnam untuk menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-34.

Akram menjadi wira pasukan negara apabila berjaya menjaringkan gol ketiga negara pada minit ketiga separuh masa kedua.

Malaysia akan bertemu Singapura pagi esok dan perlawanan terakhir berhadapan Laos pada sebelah petang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain