suria

Jegathesan Terima Gelaran Tan Sri

KUALA LUMPUR: Timbalan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Dr M.Jegathesan dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri' sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Dr Jegathesan, 67, pada zaman kegemilangannya sebagai atlet pada tahun 1960-an dikenali dengan jolokan 'Doktor Terbang', merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 200m, sehingga kini.

Beliau mencatat kepantasan 20.93 saat dalam acara 200m pada Sukan Olimpik Mexico pada 1968 dan merupakan penerima anugerah pertama Olahragawan Negara pada 1966 selepas mengutip tiga pingat emas pada Sukan Asia di Bangkok, pada tahun yang sama.

Dr Jegathesan juga merupakan pengerusi Agensi Anti Dadah Malaysia dalam sukan (ADAMAS), penasihat Perubatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), pengerusi Suruhanjaya Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan ahli Suruhanjaya Perubatan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain