suria

Sukum 2010: 23 Acara Dipertandingkan

PULAU PINANG: Sebanyak 23 acara akan dipertandingkan pada Sukan Staf Universiti Malaysia (Sukum) yang dijadual berlangsung mulai 16 hingga 26 Jun ini di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar USM Prof Datuk Omar Osman berkata lebih 3,000 atlet dan pegawai dari 21 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan mengambil bahagian sepanjang Sukum 2010 itu.

USM sebagai tuan rumah pada tahun ini akan menghantar 329 atlet termasuk pegawai bagi memberi saingan dalam semua acara bagi merebut 63 pingat yang ditawarkan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata 13 venue termasuk di luar USM iaitu Kompleks Sukan Batu Uban, Komplek Sukan Bertam dan Sekolah Menenggah Sungai Ara akan menjadi tempat pertandingan berlangsung.

Omar berkata buat julung kalinya Sukum 2010 turut menyediakan piala Menteri Pengajian Tinggi kepada pasukan yang menjadi juara keseluruhan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain