suria

Sembilan Negara Sertai Kejohanan Tenis Kerusi Roda Antarabangsa

LANGKAWI: Sebanyak sembilan negara mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Tenis Kerusi Roda Antarabangsa 2010 di Kompleks Sukan Antarabangsa Langkawi di sini mulai 29 Julai hingga 1 Ogos.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Ramizi Hasan berkata negara berkenaan ialah England, Perancis, Jerman, Finland, Australia, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Malaysia.

Penganjur mensasarkan untuk menarik lebih 20 negara menyertai kejohanan itu, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ramizi berkata sehingga ini seramai 60 pemain dari sembilan negara itu mendaftar mengambil bahagian pada kejohanan anjuran Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia dan Lada itu.

Beliau berkata kompleks sukan termasuk gelanggang tenis dinaiktaraf untuk disesuaikan dengan pemain-pemain berkerusi roda dan kerja-kerja berkaitan sedang dilaksanakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain