suria

Korea Selatan Umum 23 pemain Ke Afrika Selatan

SEOUL: Pengurus Korea Selatan, Huh Jung-moo sudah menyenaraikan nama 23 pemain yang akan beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia bermula 11 Jun hingga 11 Julai ini.

Senarai terdahulu seramai 26 pemain dikurangkan dengan pemain tengah Ku Ja-cheol dan Shin Hyung-min serta penyerang yang berpangkalan di Jepun, Lee Keun-ho diketepikan.

Pemain pertahanan Kang Min-soo kembali memperkuat Korea dengan menggantikan Kwak Tae-hwi yang menanggung kecederaan lutut ketika pasukan itu tewas 0-1 kepada Belarus pada perlawanan pemanas badan, Ahad lalu.

Penyerang Lee Dong-gook turut tersenarai dalam barisan akhir walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Senarai Skuad final itu dikeluarkan awal pagi ini oleh Persatuan Bola Sepak Korea di Seoul untuk mematuhi tarikh akhir, 1 Jun yang ditetapkan FIFA.

"Saya sudah mempertimbangkan pendapat kakitangan kejurulatihan dan pasukan perubatan dan fizikal. Lee Keun-ho dan Shin Hyung-min mempamerkan aksi hambar manakala Ku Ja-Cheol tidak bernasib baik," kata Jung-moo.

Calon yang mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2002 itu akan bertemu Sepanyol pada perlawanan pemanas badan, Khamis ini di Innsbruck sebelum berlepas ke Afrika Selatan.

Korea yang diletakkan dalam Kumpulan B juga akan bertemu Greece (12 Jun), Argentina, lima hari kemudian dan Nigeria, 22 Jun ini.

Skuad Final:

Penjaga gol: Kim Young-kwang (Ulsan), Lee Woon-jae (Suwon), Jung Sung-ryong (Seongnam).

Pemain pertahanan: Kim Dong-jin (Ulsan), Kim Hyung-il (Pohang), Oh Beom-seok (Ulsan), Lee Young-pyo (Al Hilal, Arab Saudi), Lee Jung-soo (Kashima, Jepun), Cha Du-ri (Freiburg, Jerman) Cho Yong-hyung (Jeju United) Kang Min-soo (Suwon).

Pemain tengah: Ki Sung-yong (Celtic, Scotland), Kim Bo-kyung (Oita, Jepun), Kim Nam-il (Tomsk, Rusia), Kim Jae-sung (Pohang), Kim Jung-woo (Gwangju), Lee Chung-yong (Bolton, England), Park Ji-sung (Manchester United, England).

Penyerang: Park Chu-young (Monaco, Perancis), Ahn Jung-hwan (Dalian, China), Lee Seung-ryul (Seoul), Yeom Ki-hun, (Suwon), Lee Dong-gook (Jeonbuk).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain