suria

Mourinho Letak Syarat Jika Sertai Real

Mourino kini selangkah ke Santiago Bernabeu. Foto AFP
Mourino kini selangkah ke Santiago Bernabeu. Foto AFP
Mourino kini selangkah ke Santiago Bernabeu. Foto AFP

MADRID: Jose Mourinho mahu diberi kuasa sepenuhnya dalam membuat keputusan mengenai kesebelasan utama Real Madrid jika dia meninggalkan Inter Milan dan mengambil alih tempat Manuel Pellegrini sebagai pengurus kelab gergasi Sepanyol itu.

Pengurus Real perlu memenuhi segala tuntutan Presiden Florentino Perez, Pengarah Urusan Jorge Valdano dan Pengarah Sukan Miguel Pardeza.

Media Sepanyol memetik Mourinho yang mengemudi Inter menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah di Santiago Bernabeu Ahad lalu sebagai berkata, dia memerlukan jaminan daripada kelab La Liga itu agar diberi kebebasan untuk memilih skuad utama Real.

"Saya mahu melihat apa yang boleh mereka tawarkan supaya saya tidak perlu bimbang untuk memulakan tanggungjawab saya. Presiden bukan individu yang akan menang dan turun beraksi begitu juga tiada hak untuk memilih kesebelasan utama kelab. Ia adalah tanggungjawab pengurus profesional," kata Mourinho.

Menurut pengurus kelahiran Portugal itu, dia percaya pengurus adalah individu paling penting dalam pengstrukturan keseluruhan kelab kerana dia yang akan menentukan hala tuju pasukan.

Real belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi sama ada Pellegrini yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun di pecat dan digantikan oleh Mourinho.

Selepas menjadi pengurus ketiga yang memenangi kejuaraan Eropah dengan dua kelab berbeza, Mourinho memberi gambaran awal bahawa dia semakin hampir untuk menyertai Real.

"Saya perlu berjumpa dengan beberapa pihak pengurusan Real. Saya mahu mengenali mereka dengan lebih lanjut, mendengar pendapat mereka dan mengenal pasti apa yang mereka inginkan daripada saya serta syarat tawaran," katanya.

Artikel Lain