suria

Kedudukan Felda United Goyah

KUALA LUMPUR: Kedudukan pendahulu Liga Perdana, Felda United goyah apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Paroi, Seremban, malam tadi.

Keputusan tersebut menyebabkan Felda United hanya memiliki kelebihan satu mata dengan pencabar terdekat PKNS Selangor.

Gol Felda United disumbangkan oleh Mohd Khaironnisan Sahabudin pada minit kedua, manakala gol PDRM dijaringkan Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-90.

Dalam pada itu, Selangor PKNS berjaya merapatkan kedudukan untuk memburu gelaran juara liga apabila menewaskan Pos Malaysia 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu,, Sabah berjaya menumpaskan Shahzan Muda 4-0.

Gol Sabah dijaringkan oleh Bobby Gonzales pada minit ke-13 dan 35, Mohd Fared Ideris (minit ke-67) dan Razlan Otoh pada minit ke-79.

Di Stadium Hang Tuah, Melaka, Harimau Muda pula berjaya menewaskan Melaka 5-3.

Gol Harimau muda dijaringkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-29 dan 75, Mohd Fandi Othman (minit ke-39), Muhd Ferris Danial Mat Nasir (minit ke-42 dan 83).

Manakala gol Melaka dijaringkan oleh Rafie Katin (minit ke-36), Zulindra Shah Putra Adam (minit ke-43) dan Nor Irwan Mohd Shukri (minit ke-89).

Di Stadium Sarawak, pasukan tuan rumah berjaya menafaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menumpaskan MP Muar 2-1.

Di Stadium SM, Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seri 1-1 dengan pasukan USM FC.

Artikel Lain