Annuar Musa Masih Fikir Tanding Timbalan Presiden FAM - Sukan | mStar

Annuar Musa Masih Fikir Tanding Timbalan Presiden FAM

KOTA BAHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih memikirkan sama ada untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal berhubung pendiriannya kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan andaian atau kontroversi.

"Saya tidak mahu politiking dalam bidang sukan seperti ini, biar badan-badan gabungan dalam FAM yang membuat keputusan untuk memilih pemimpin mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Timbalan Presiden FAM sekarang, Khairy Jamaluddin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan FAM bulan depan.Satu lagi jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berminat untuk mengisi satu daripada jawatan itu dan berharap dapat berganding dengan Annuar.

Annuar berkata bahawa pada kebiasannya sebulan sebelum kongres, pihak pengurusan akan menghantar surat pengesahan kepada seseorang calon yang akan bertanding jawatan dalam persatuan sama ada menerima atau sebaliknya.

"Setakat ini, saya belum ada apa-apa yang perlu komen. Saya juga tidak suka orang bercakap atas andaian semata-mata," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

England Janji Aksi Lebih Baik

Artikel Berkaitan

default image

32 Pasukan Piala Dunia

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain