Laporan Penuh Post-Mortem Piala Thomas Diketahui Dalam Masa Terdekat - Shabery - Sukan | mStar

Laporan Penuh Post-Mortem Piala Thomas Diketahui Dalam Masa Terdekat - Shabery

TUMPAT: Laporan penuh "post-mortem" mengenai prestasi skuad badminton negara dalam kejohanan Piala Thomas baru-baru ini dijangka diketahui dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bagaimanapun, beliau berkata laporan awal berhubung kekalahan Malaysia pada kejohanan berprestij itu mendapati persediaan skuad negara yang tidak cukup menjadi faktor penyumbang kepada kegagalan itu.

Katanya ini terbukti apabila skuad negara tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk menyesuaikan diri di gelanggang sendiri sebelum bertemu pasukan lawan terutama China.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan Umno berkelompok dalam bahagian Tumpat di sini malam tadi, Ahmad Shabery meminta peminat agar tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalan skuad negara membawa pulang Piala Thomas yang diidam-idamkan sejak 18 tahun lepas.

"Kita harus mengkaji faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi situasi permainan skuad negara dalam kejohanan itu, termasuk dari segi persediaan, disiplin dan sebagainya berbanding pasukan lawan,” katanya.

Ditanya mengenai kegagalan pemain lama menunjukkan permainan yang konsisten disebabkan faktor usia, Ahmad Shabery berkata: "Kita tidak boleh bergantung harapan sepenuhnya kepada barisan pemain muda, kerana mereka tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang ditunjukkan pemain luar negara."

Beliau juga menolak andaian yang menyalahkan peranan media yang dikatakan telah menjejaskan prestasi skuad negara dalam kejohanan itu, sebaliknya menyifatkan peranan media dalam sesuatu kejohanan adalah penting dan menaikkan nama serta prestasi pemain. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain