suria

Raih Pingat Emas, Kelvin Puas Hati Dengan Prestasi

KUALA LUMPUR: Kejohanan Renang Jemputan Terbuka Malaysia milo/PRAM kali ke-53 yang membuka tirainya semalam merupakan medan untuk perenang muda kelahiran Kuala Lumpur, Kelvin Lim Kar Meng mempersiapkan diri sebelum menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, bulan depan.

Kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini menyaksikan Kelvin meraih pingat emas untuk acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu dengan catatan masa 2:06.13 saat.

Kevin meninggalkan pencabar terdekat, Rainer Ng dari Singapura yang menduduki tempat kedua dengan catatan masa 2:06.84 saat manakala Cheng Ka Chun di tempat ketiga (2:09.15 saat).

Menurut perenang berusia 18 tahun itu, dia tidak menetapkan sebarang sasaran pada kejohanan itu sebaliknya berpuas hati dengan prestasinya semalam.

"Prestasi saya boleh tahan. Saya berjaya meraih pingat emas untuk acara yang sama ketika beraksi pada Sukma di Terengganu 2008," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat kejohanan pembukaan hari ini.

Mengulas mengenai sasarannya pada Sukma bulan depan, penuntut Kolej Inti Subang Jaya itu menetapkan dua pingat emas dalam acara 200m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas.

Sementara itu, perenang dari Singapura, Shana Lim berjaya memecah rekod pertemuan milik Chui Lai Kwan pada 2008 apabila mencatat 29.72 saat untuk membawa pulang pingat emas dalam acara 50m kuak lentang wanita.

Selain disertai seramai 114 atlet tempatan, kejohanan selama empat hari itu turut menarik perhatian beberapa atlet dari Iran, Singapura dan Hong Kong.

Keputusan:

Kategori Terbuka Wanita

Acara 100m gaya bebas

1. Chui Lai Kwan, Singapura (58.27s)

2. Shana Lim, Singapura (58.74s)

3. Khoo Cai Lin, Selangor (59.19s)

Acara 400m medley individu

1. Sarah Ho, Hong Kong (5:14.12s)

2. Gladys Ho Sin Wing, Hong Kong (5:18.72s)

3. Mak Ai Sin, Kuala Lumpur (5:44.31s)

Acara 50m kuak lentang

1. Shana Lim, Singapura (29.72s)

2. Vivian Lai Hiu Tung (31.09s)

3. Chui Lai Kwan, Sabah (31.12s)

Acara 200m Kuak Kupu-kupu

1. Wong Yee Ching, Hong Kong (2:19.78s)

2. Hii Siew Siew, Sarawak (2:24.11s)

3. Chan Ka Ka, Hong Kong (2:28.61s)

Acara 100m Kuak Dada

1. IP Rainbow, Hong Kong (1:13.68s)

2. Christina Loh, Kuala Lumpur (1:14.03s)

3. Sarah Ho, Hong Kong (1:18.23s)

Kategori Terbuka Lelaki

Acara 100m gaya bebas

1. Foo Jian Beng, Selangor (52.54s)

2. Soroush Khajagi, Iran (54.18s)

3. Lai Nathaniel, Hong Kong (54.35s)

Acara 400m medley individu

1. Ahmad Reza Jalali, Iran (4:42.02s)

2. Ian James Barr, Kuala Lumpur (4:43.06s)

3. Keith Sin Chin Ting, Hong Kong (4:48.49s)

Acara 50m kuak lentang

1. Rainer Ng, Singapura (27.26s)

2. Jamal Chavoshi, Iran (27.74s)

3. Lo Wai Man, Hong Kong (27.92s)

Acara 200m kuak kupu-kupu

1. Kelvin Lim Kar Meng, Kuala Lumpur(2:06.13s)

2. Rainer Ng, Singapura (2:06.84s)

3. Cheng Ka Chun, Hong Kong (2:09.15s)

Acara 100m kuak dada

1. Yap See Tuan, Pahang (1:05.34s)

2. Fu Chun Pong, Hong Kong (1:05.76s)

3. Mark Tan, Singapura (1:06.38s)

Artikel Lain