suria

Renang Terbuka Malaysia, Medan Akhir Sebelum Hadapi Sukma

KUALA LUMPUR: Kejohanan Renang Terbuka Malaysia yang bermula di sini esok akan menjadi medan ujian penilaian terakhir untuk atlet sebelum menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka bulan depan.

Setiausaha Persatuan Renang Amatur Malaysia, Edwin Chong, berkata majoriti atlet kebangsaan dan pelapis yang menyertai kejohanan selama empat hari itu akan menjadikan ia sebagai platform menilai prestasi sebelum mewakili negeri masing-masing pada Sukma.

Kejohanan itu akan berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini manakala Sukma akan bermula 10 hingga 19 Jun ini.

"Memandangkan latihan intensif untuk menghadapi Sukan Komanwel dan Sukan Asia masih jauh, perenang menjadikan kejohanan ini untuk memuncak prestasi mereka sebelum SUKMA Melaka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya kejohanan tahunan itu pada kali ini disertai 130 atlet tempatan serta sebilangan atlet dari Iran, Singapura dan Hong Kong.

Artikel Lain