suria

Perlumbaan Mencabar Tamat Lebih Awal Buat Lotus Racing

MONACO: Lotus Racing meninggalkan Monaco dengan emosi bercampur-baur selepas kedua-dua pelumba mempamerkan aksi menarik walaupun perlumbaan ditamatkan awal ketika perlumbaan tersebut menghampiri penghujungnya dan hanya hanya tinggal beberapa baki pusingan sahaja lagi.

Pelumba Lotus, Heikki Kovalainen yang menamatkan perlumbaan pada pusingan ke-59 berkata pada peringkat awal perlumbaan tersebut merupakan satu perlumbaan yang hebat.

"Saya terpaksa memulakan semula perlumbaan apabila menghadapi masalah pada tekanan tayar, tetapi selepas semuanya berjalan dengan baik saya mampu dan hampir menyaingi Renault.

"Saya memecut dan dapat merasakan kehebatan kereta ini, keseimbangannya sangat bagus. Namun saya terpaksa berhenti berlumba apabila sebelum itu saya berasa keadaan stering tidak terkawal dan saya perlu memusingkannya semaksimum mungkin di satu selekoh di sebelah kanan walaupun ketika itu saya di terowong. Di situlah saya sedar keadaan tidak selamat lagi," katanya.

Menurut Heikki, di Monaco, mereka tidak boleh mengambil risiko ini dan dia tidak mengambilnya.

Katanya lagi, walaupun isu pada perlumbaan ini adalah isu mekanikal, tetapi dia tetap gembira.

"Kami sekali lagi menunjukkan kami adalah pasukan terbaik di antara pasukan-pasukan baru lain dan berada semakin hampir dengan pasukan lain, jadi saya rasa kami perlu terus berlumba. Inilah cara kami untuk mendapatkan keputusan yang disasarkan."

Seorang lagi pelumba Lotus, Jarno Trulli (menduduki tempat ke-15) berkata hujung minggu ini bukanlah hujung minggu yang menyeronokkan bagi dirinya.

Selepas mengalami masalah dengan 'wheelgun' ketika di pitstop, dia tersekat di belakang HRTs dan cuba untuk mencari ruang untuk memotong.

"Ketika di pusingan terakhir Karun kelihatan lambat melalui sektor kedua dan ketiga, dan saya nampak dia meninggalkan ruang di Rascasse, jadi saya cuba untuk melaluinya tetapi kami bergesel dan ia menjadi penghujung perlumbaan.

"Ini merupakan salah satu daripada insiden dalam perlumbaan, tetapi saya tetap merasakan pasukan kami berada dalam arah yang betul dan saya mahu meletakkan nasib malang itu di belakang apabila kami kembali di litar Turki," katanya.

Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne pula menyifatkan perlumbaan ini adalah paling mencabar berbanding peringkat pertengahan.

"Sudah tentulah di mana kami menamatkan perlumbaan mencetuskan pelbagai emosi," katanya.

Katanya, Heikki menghadapi cabaran di pertengahan perlumbaan tetapi masih lagi baik berbanding kelompok pelumba di pertengahan.

"Adalah memalukan apabila keretanya menghadapi masalah stering, sesuatu yang kita tidak pernah lihat sebelum ini. Tetapi secara keseluruhannya ia adalah hujung minggu yang positif untuk dirinya," katanya.

Sementara itu, Jarno pula menghadapi hujung minggu yang sukar apabila terpaksa berjuang menyeimbangkan keretanya dan Mike berkata, sebagai satu pasukan mereka perlu memepertimbangkan semula kesemuanya supaya Jarno dapat menyempurnakan tugasnya dengan baik.

Jarno terpaksa berdepan dengan masalah kelewatan di pitstop yang menyebabkan dia tersasar keluar dan memberi kesan kepada keseluhan perlumbaan.

"Dia berupaya untuk lebih laju, tetapi apabila dia bertindak seperti itu dia seolah-olah menjadi mangsa kepada litar Monaco. Saya tetap gembira dengan prestasi ini dan kami akan terus ke Turki," katanya.

Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes pula berkata: "Banyak yang positif yang boleh diambil melalui perlumbaan hari ini dan ia sesuatu yang bagus di mana sekurang-kurangnya satu kereta telah layak. Paling penting, Heikki telah mengorak langkah dan adalah sangat mengujakan melihat dia berlumba dengan Petrov."

Katanya, Heikki dan pasukan berasa perlumbaan itu adalah perlumbaan terbaik bagi musim ini dan memberi keyakinan yang lebih untuk musim akan datang.

"Akan datang, kami akan menerima alatan baru yang akan membantu kami melakukan yang lebih baik, dan berharap akan mengubah nasib Jarno.

"Kami juga gembira melihat ramai peminat di trak dan berharap kami telah menunjukkan satu perlumbaan yang baik hari untuk hari ini serta akan memberikan keputusan yang memberangsangkan pada tahun akan datang."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain