Michael Ballack Disahkan Tidak Beraksi Pada Piala Dunia Akibat Kecederaan - Sukan | mStar

Michael Ballack Disahkan Tidak Beraksi Pada Piala Dunia Akibat Kecederaan

Michael Ballack dikasari Kevin-Prince Boateng semasa perlawanan akhir Piala FA yang menjadi punca pergelangan kakinya cedera.
Michael Ballack dikasari Kevin-Prince Boateng semasa perlawanan akhir Piala FA yang menjadi punca pergelangan kakinya cedera.

MUNICH: Kapten pasukan Jerman, Michael Ballack disahkan oleh para pegawai perubatan tidak dapat beraksi pada kejohanan Piala Dunia bulan depan kerana kecederaan pergelangan kaki yang dialaminya ketika bermain dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lepas menentang Portsmouth.

Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) mengesahkan berita buruk ini tengah hari Isnin.

Ballack mengalami kecederaan itu selepas pemain Portsmouth, Kevin-Prince Boateng terpijak pergelangan kakinya. Dan kesilapan besar Ballack ialah apabila dia cuba untuk terus bermain selepas mengalami kecederaan tersebut.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menjalani proses imbasan MRI di Munich pagi tadi untuk menilai sejauh mana kecederaan yang dialaminya itu dan jawapan yang diperolehinya ialah kecederaan teruk pada buku lali sebelah kanan.

"Hasil imbasan MRI yang dijalankan ke atas kapten pasukan kebangsaan kita Michael Ballack mendapati kecederaan pada pergelangan kakinya adalah serius dan dengan ini kami ingin mengesahkan yang Ballack terkeluar daripada skuad Piala Dunia Jerman di Afrika Selatan. Kecederaan itu akan memaksa Ballack memakai kasut khas yang akan melindungi pergelangan kakinya selama dua minggu," kata DFB dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain