suria

Melaka Mahu Buat Kejutan Bola Sepak SUKMA

MELAKA: Pasukan bola sepak Melaka mahu membuat kejutan untuk muncul sebagai juara pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 yang akan berlangsung di negeri ini bulan depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa), Karim Yaacob, berkata bahawa dalam tempoh 10 tahun lalu, pasukan Melaka hanya sekali layak ke separuh akhir pada temasya sukan dwi tahunan itu.

"Kita mempunyai kelebihan kerana Sukma kali ini berlangsung di gelanggang sendiri," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan tajaan pakaian sukan oleh Konsortium Ranhill Nada Cekal kepada pasukan bola sepak Melaka di sini, hari ini.

Tajaan pakaian sukan bernilai RM30,000 oleh Konsortium Ranhill Nada Cekal itu disampaikan Pengurus Projek Ranhill Water Services Sdn Bhd, Tuan Sanusi Asmadi Tuan Hamat kepada Karim.

Temasya Sukma Ke-13 akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun dengan mempertandingkan 33 acara sukan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain